Pangkat Jeneral mengikut kekananan (senioriti) Jeneral

Yang berikut ialah gred-gred moden yang biasa untuk Jeneral di negara-negara yang bertutur dalam bahasa Inggeris, disenaraikan mengikut kekananan (dari tertinggi hingga ke terendah):

Banyak negara yang tidak bertutur dalam bahasa Inggeris juga mempunyai pangkat-pangkat yang sepadan. Bukan semua negara menggunakan kesemua pangkat ini. Tambahan pula, kekananan gred-gred jeneral tidak semestinya serupa di semua negara, umpamanya di sebilangan negara, Mejar Jeneral merupakan pangkat pegawai Jeneral yang terendah, dan mungkin lebih dekat dengan Brigedier Jeneral, jika adanya pangkat ini).

Sesetengah negara mempunyai atau pernah mempunyai gred-gred Jeneral tambahan, seperti berikut:

Sebilangan negara lebih suka menamakan pangkat-pangkat jeneral mengikut kuasa pemerintahan nominal (iaitu, pada nama sahaja), umpamanya Perancis mempunyai général d'armée, général de corps d'armée, général de division, dan général de brigade (pada setiap kes, akhiran aerienne digunakan untuk pegawai tentera udara).

Dalam sebilangan negara yang lain, khususnya negara-negara Komanwel), padanan untuk Brigedier Jeneral ialah Brigadier. Bagaimanapun, pangkat ini tidak dianggap oleh angkatan-angkatan tentera tersebut sebagai pangkat pegawai jeneral, walaupun pangkat ini dianggap setaraf (dengan pangkat Brigedier Jeneral) bagi tujuan pembandingan. Angkatan tentera British mempunyai pangkat Brigedier Jeneral sehingga tahun 1922; gelaran ini mula-mulanya ditukarkan kepada "kolonel komandan", dan kemudian kepada "brigadier" pada tahun 1928; pemegang pangkat-pangkat yang baru itu tidak dianggap sebagai pegawai jeneral. Perubahan ini telah dibuat sebagai gerak balas terhadap sungutan-sungutan politik tentang "terlalu banyak jeneral".

Semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II, Tentera Laut Jerman menggunakan pangkat yang dikenali sebagai Generaladmiral (Laksamana Jeneral), tetapi ini merupakan pangkat tentera laut yang langsung tidak berkaitan dengan pangkat Jeneral angkatan tentera darat.